Jumaat, 24 April 2015

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN JALAN KG



12.04.2015- Ahad
Moh Dogheh Poie Nobeh....Bangun jang banguuuuuuunnnnnn.. Jalan kito Kg Kito, Bersih sobab dek kito Somak pun sobab dek kito. Abang abang Pakcik pakcik yang lalu lalang tu meh lah singgap kojap ha nolong selopuk duo. Kok bukan wargo btg bona pun tapi tu lah jalan eh yang selalu ulang alik buek poie kojo. Apo salah eh mendormo tenaga yg di upah ngan pahalo.




























SUKANEKA RAKYAT TABIKA KEMAS BTG BENAR

11.04.2015 Sabtu.

Warga Kg di jemput untuk memeriahkan lagi majlis tersebut tak kigho lah ado anak dlm tabika ko tidak ko. Yang ponting pnyertaan warga kg. Mokasih lah bebanyak kek penganjur iaitu KEMAS Dun Nilai yg besusah payah menjayokannyo. Dari pagi sampai ke tongahari paneh sumo eh setio menunggu. Macam2 acaro yang di adokan. Kospen ambek kesempatan jugak untuk membukak booth eh khas ntuk org gamai mengecek tokanan daghah, koncing manih, ukur borek & tinggi. Percumo sahajo. Apo tehkan rugi lah kalau korang tak join.

Acaro kemuncak dan yg paling ganeh iyolah tarik tali. Ni acaro sakitkan badan namo eh. Tapi dek somangat kekampungan punyo pasal sakit pun sakit lah. Yg x buleh tahan eh team btg bona x cukup lak oghang eh 10 pesorto. Hondak x hondak tepakso lah campur ngan tangan pompuan yg mogang sonduk tu....Hrp sumo x maghah lah yo. Bukan nk nunjuk eksen doh cumo nk njoiiiiiiii sesekalo...he he he!!








Sonyum ekau jang..









































Jumaat, 20 Mac 2015

KAMPUNG BATANG BENAR


CERITA NAMA DIBERI

Kampung Batang Benar, Unik namanya. Mungkin ada sejarah atau cerita menarik di sebalik nama ini. Siapakah yang benar2 mengetahuinya? Bila wujudnya? Bagaimana rupa asalnya?...

Mengikut cerita orang tua2 dahulu dan di ceritakan pula kepada anak cucu mereka hinggalah ke zaman ini ceritanya tetap sama. Once upon a time......tersebutlah kisah... 

Pada suatu ketika dahulu berbincanglah beberapa orang penduduk atau penghulu kg atau mungkin juga pengembara yang ingin membuka kampung ini di bawah sebatang pokok yang besar. Mungkin atas sebab redup dan selesa mereka memilih tempat ini untuk bermuzakarah. Tiada siapa yang tahu apa butir perbincangan mereka. Hasil perbincangan tersebut mereka telah berjaya mencari kebenaran dan menyelesaikan beberapa masalah di bawah pokok itu. BATANG adalah pokok tempat mereka berbincang dan BENAR adalah kebenaran yang mereka perolehi di bawah pokok itu. Lalu jadilah ia Kampung Batang Benar sehingga kini.......wallahualam

LOKASI
Kampong Batang Benar boleh dihubungi melalui jalan dari Nilai (6km), Pajam (4km), Mantin (10km), Beranang (10km) dan juga menembusi jalan keluar ke Bangi lama (15km). Lebuh Raya LEKAS adalah lebuh raya yang paling hampir (1.5km). Di sebelah kiri kampung ini adalah kawasan perindustrian Nilai, Nilai 3,Arab M’sian  Industrial &Nilai Impian. Di sebelah kanan pula adalah kawasan perumahan Seri Pajam. Dijalan masuk lebih kurang 0.5km daripada jambatan sungai Batang Benar terdapat Sekolah Kebangsaan, Masjid, Taman Perumahan dan bangunan kedai.

Taman2 yang berhampiran seperti Taman Murni, Tmn Bukit Inai, Tmn Melur, Tmn Dahlia, Tmn Mutiara dan Rumah Rakyat Btg Benar.

Kampung2 yang berhampiran ialah seperti Kg.Baru Sg.Mahang, Kg.Sg.Mahang dan Kg.Kuala Pajam yg berada di sempadan selangor.

SISTEM PENGANGKUTAN
Kemudahan jalan raya di dalam kampung Batang Benar ini hanya sesuai untuk kenderaan peribadi seperti motor,kereta,van dan lori kecil sahaja kerana keadaan jalan rayanya yang kecil dan jambatan sungai yang sempit menghalang kenderaan awam yang besar memasuki kampung ini. Biasanya penduduk kampong akan menggunakan kereta & motor untuk keluar bekerja dan menghantar anak2 ke sekolah. Selain drpd itu penggunaan komuter adalah pilihan ramai bagi yang bekerja luar daripada kaw. Nilai.

Penggunaan Komuter juga digunakan sebagai sistem pengangkutan utama oleh kalangan penduduk Kampong Batang Benar terutama golongan muda yang berulang alik daripada tempat kerja. Stesen Komuter Batang Benar terletak lebih kurang 3km.

PENDUDUK
Majoriti penduduknya adalah terdiri daripada kaum Melayu dan sebahagian kecil adalah daripada kaum India. Mengikut anggaran terkini iaitu tahun 2013 jumlah penduduknya adalah seperti berikut :-

            Melayu            :           470 orang
            India                :           50 orang
            Cina                 :           3 orang

KEMUDAHAN PENDIDIKAN&AGAMA
Sekolah Kebangsaan Batang Benar, Pra Sekolah Kebangsaan Batang Benar dan Tabika Kemas terletak lebih kurang 0.5km daripada simpang masuk Jambatan Utama Kampung Batang Benar. Masjid As Sadiqin pula berada disebelah sekolah.

SOSIO EKONOMI
Kalau dulu ekonomi penduduk Kampong Batang Benar banyak bergantung kepada pertanian dan kebun namun sekarang mereka telah mempunyai banyak pilihan. Sektor Perindustrian, Perhotelan&Pembinaan yang telah dibina berhampiran banyak memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kampung dan tidak kurang juga yang jadi Peniaga dimana faktor2 kemajuan&pembangunan disekeling telah memberi banyak peluang untuk mereka berniaga. Pertanian seperti Pokok Getah, Kelapa Sawit, Kebun Nangka, Buah Naga&Kebun Pisang masih dijalankan di dalam kampung ini. Sungguhpun demikian purata pendapatan bulanan penduduk adalah sederhana bagi yang kerja makan gaji dan bawah tahap sederhana bagi OKU, ibu tunggal, petani,peniaga kecil dan warga emas.





Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2015













AZAN & NASYID AKHIR 2014